Sabtu, 28 April 2012

BERSIH 3.0

HARI ini bandar raya Kuala Lumpur akan menjadi perhatian rakyat di seluruh negara. Mereka yang mengikuti perkembangan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH), pasti ingin mengetahui apa kesudahannya perhimpunan yang akan dilangsungkan penganjurnya hari ini, bermula jam 2 petang.

Apakah perhimpunan aman yang dicanang akan benar-benar menjadi kenyataan atau perhimpunan itu akan bertukar dan berakhir dengan kekecohan, keganasan serta tindakan liar penunjuk perasaan? Yang pasti perhimpunan itu akan tetap berlangsung di Dataran Merdeka, seperti dijadualkan.
Setakat ini, tiada tanda atau petunjuk pihak penganjur mahu membatalkannya atau mengubah lokasi perhimpunan ke tempat lain, walaupun kerajaan menawarkan mereka beberapa lokasi lain, sama ada Stadium Merdeka, Stadium Cheras, Stadium Titiwangsa atau pun Stadium Bukit Jalil.
Sikap penganjur BERSIH 3.0 diketuai bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk S Ambiga yang kononnya mahu menuntut pilihan raya lebih adil, bersih, adil dan telus menolak lokasi perhimpunan dipelawa kerajaan jelas mempamerkan sikap keras kepala dan tidak langsung memikirkan kesan buruk yang bakal dihadapi warga kota.

.Pe la yang membuat kan mereka ni tidak fikir lansung tentang orang ramai dan negara buat la dekat tempat yang sesuai jauh dari orang ramai ....fikirkan la Ambiga ooo..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan