Hiburan

pix_gal0
Sam kenali Wawa lebih dekat lagi menerusi filem terbaru

KEDUA-DUANYA pernah menghiasi dada akhbar gara-gara gosip kononnya mereka sedang hangat berkasih. Maklum saja, apabila ia membabitkan kisah cinta Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABBPBH) 2011, Shaheizy Sam, siapa yang tidak ingin membacanya?
Gosip terbabit juga sedikit sebanyak mempopularkan lagi nama Wawa Zainal, si manis yang turut bernaung di bawah pengurusan MIG Talents, yang kini mula menyerlah menerusi beberapa filem seperti Sumpahan Kum Kum dan Hantu Dalam Botol Kicap.
Masing-masing juga sudah pun membuat penafian, seterusnya menjelaskan kedudukan sebenar. Namun, pasangan ini akhirnya bersatu juga, walaupun hanya dalam filem. Mereka akan berlakon bersama dalam Kisah Paling Gangster arahan Brando Lee, terbitan B&L Kreatif dengan kerjasama Metrowealth Pictures.